Iklan



Selamat Datang Ke Blog Kliasscouts

Assalamualaikum, Salam Pengakap dan Salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog ini.

Di sini, kliasscoutsgroup berharap dapat menyebar atau memberi maklumat terkini kepada semua pengakap. Dan blog ini juga dicipta,bukan sahaja cerita atau pun berita mengenai pengakap, tetapi ianya juga memuatkan berita isu semasa, seperti sejarah Negara, Negeri, Daerah dan lain-lain isu asalkan ianya tidak berunsur perkauman dan lucah. Apa-apa bahan yang terdapat diblog ini boleh dijadikan rujukan dan dikongsi bersama tidak kira usia, tua atau pun muda..


Berita Pengakap


01. Kolobori Pengakap Kanak-Kanak
Peringkat Bahagian Pedalaman Bawah
Anjuran : PPMCS Daerah Beaufort
Tarikh : 02 hingga 04 Mei 2014
Tempat : SRJK(C)Kung Ming, Beaufort.

02. Perkhemahan Klik Dengan Bijak
Siri 2/2014 Peringkat Kebangsaan
Anjuran : PPM Dan SKMM Malaysia
Tarikh : 08 hingga 11 Mei 2014
Tempat : Scouts Nature Park, Sandakan.

03. Jambori Antarabangsa Terengganu
Tarikh : 01 hingga 06 Jun 2014
Tempat : Kem Pengakap Tengku Muhammad
Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu, Terengganu.

04. Jambori Antarabangsa Perak
Tarikh : 24-30 November 2014
Tempat : Teluk Batik, Perak

Sabtu, 1 Ogos 2009

LOGO PENGAKAP MALAYSIA



Pecahan tiga kelopak
-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu: taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.

Warna kuning, hijau dan merah
-melambangkan unit-unit pengakap: kuning bagi Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja.

Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan
- melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

Ikatan hijau
-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.

Lingkaran tali berwarna kuning
-melambangkan 100 tahun berpengakap dan perpaduan rakyat Malaysia serta iaitu agama Islam.

Warna kuning pada anak bulan dan bintang
-menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Bintang pecah 14(warna kuning)
- melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.


LOGO PENGAKAP DUNIA





Pecahan tiga kelopak
-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.

Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan
-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

Ikatan putih
-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.

Lingkaran tali berwarna putih
-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.

Warna ungu
-warna Biro Pengakap Sedunia.

Warna putih
-kesucian dan kebersihan.

PENGERTIAAN PERSETIAAN PENGAKAP

Taat kepada Tuhan
Ahli pengakap mestilah beragama dan mematuhi ajaran agama.Hendaklah sentiasa bersyukur kepada tuhan yang memberikan rezeki dan kesihatan. Ahli pengakap mestilah yakin kepada diri sendiri dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik.

Taat kepada Raja
Ahli pengakap hendaklah mentaati dan mematuhi Yang Dipertuan Agong,Raja-raja dan wakil-wakil raja. Undang-undang negara dan istiadat raja difahami. Disiplin dan tatatertib mestilah sentiasa diamalkan.

Taat kepada Negara
Ahli Pengakap hendaklah menghormati undang-undang negara,pemimpin-pemimpin dan dasar-dasar kerajaan. Mencegah diri daripada hal-hal yang boleh memburukkan negara.

Menolong orang pada setiap masa
Ahli Pengakap mesti jujur dan rela hati berbakti kepada orang yang memerlukan pertolongan. Pengakap haruslah membantu pihak keselamatan atau orang ramai ketika berlaku malapetaka, kecemasan atau kemalangan.

Menurut Undang-undang Pengakap
Ahli pengakap hendaklah mematuhi dan mengamalkan semua prinsip yang terkandung dalam undang-undang pengakap.

SEJARAH MANIK KAYU

Latihan pada mulanya dijalankan oleh Robert Baden-Powell, Pengasas Pengakap pada 8 September, 1919 di Gilwell. Pada penamat latihan dia menyerahkan setiap peserta satu manik kayu dari kalung yang dia terima dari Dinizulu, ketua Zulu. Bekalan asal manik telah lama habis dan hanya salinan diberikan pada masa kini.

LENCANA RIMBA




Lencana Rimba adalah pengesahan yang diterima oleh orang dewasa dalam Pengakap yang telah menyempurnakan program latihan Scoutmaster yang diberikan oleh National Scout Association berkenaan. Mereka yang menghabiskan latihan diberikan pengesahan dalam bentuk dua manik kayu pada tali kasut. Penerima Lencana Rimba dikenali sebagai
Wood Badger atau Gilwellian.

Manik tambahan diberikan kepada "wood badgers" yang bertugas sebagai sebahagian daripada lembaga pasukan pelatih "wood badge". Satu manik tambahan diberikan kepada Assistant Leader Trainers dan dua manik tambahan diberikan kepada Leader Trainers
untuk menjadikan jumlah keseluruhannya empat.

Sebagai sebahagian tradisi yang tidak lagi diadakan, jika bukan kesemuanya, jumlah keseluruhan lima manik dipakai oleh mereka yang bertanggung jawab bagi melatih "Wood Badge" bagi pihak Pertubuhan Nasional Pengakap. Ini melambangkan pangkatnya sebagai wakil rasmi Gilwell dalam negaranya dan sebagai Timbalan Ketua Kem Gilwell.

Robert Baden-Powell sendiri mengenakan sejumlah enam manik yang dia serahkan kepada Sir Percy Everett ketika itu Timbalan Ketua Pengakap. Percy kemudiannya menyerahkan enam manik tersebut kepada Gilwell untuk dipakai oleh Ketua Kem Gilwell Camp Chief sebagai lencana pejabat.Tradisi ini masih kekal sehingga hari ini.

LAGU PENGAKAP MALAYSIA