Iklan



Selamat Datang Ke Blog Kliasscouts

Assalamualaikum, Salam Pengakap dan Salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog ini.

Di sini, kliasscoutsgroup berharap dapat menyebar atau memberi maklumat terkini kepada semua pengakap. Dan blog ini juga dicipta,bukan sahaja cerita atau pun berita mengenai pengakap, tetapi ianya juga memuatkan berita isu semasa, seperti sejarah Negara, Negeri, Daerah dan lain-lain isu asalkan ianya tidak berunsur perkauman dan lucah. Apa-apa bahan yang terdapat diblog ini boleh dijadikan rujukan dan dikongsi bersama tidak kira usia, tua atau pun muda..


Berita Pengakap


01. Kolobori Pengakap Kanak-Kanak
Peringkat Bahagian Pedalaman Bawah
Anjuran : PPMCS Daerah Beaufort
Tarikh : 02 hingga 04 Mei 2014
Tempat : SRJK(C)Kung Ming, Beaufort.

02. Perkhemahan Klik Dengan Bijak
Siri 2/2014 Peringkat Kebangsaan
Anjuran : PPM Dan SKMM Malaysia
Tarikh : 08 hingga 11 Mei 2014
Tempat : Scouts Nature Park, Sandakan.

03. Jambori Antarabangsa Terengganu
Tarikh : 01 hingga 06 Jun 2014
Tempat : Kem Pengakap Tengku Muhammad
Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu, Terengganu.

04. Jambori Antarabangsa Perak
Tarikh : 24-30 November 2014
Tempat : Teluk Batik, Perak

Selasa, 29 Disember 2009

BELAJAR IKATAN & SIMPULAN BAHAGIAN 2


Ikatan Seraya...
Biasanya digunakan untuk mengikat kayu berpalang misalnya membuat tangga, tiang khemah dan yang seangkatan dengannya. Mulakan dengan ikatan simpul manuk terlebih dahulu. Ikatan ini lebih kukuh dan tidak mudah terluncut atau tercabut. Tak percaya... korang cuba ikat... lepas tu tarik batang kayu yang korang dah ikat. Perghhh~ marvelous!


Ikatan Silang...
Digunakan untuk mengikat 2 batang kayu secara bersilang. Selalunya dipasang atau digunakan sekali pada kaki meja, kerusi, tiang khemah dan apa-apa aje la yang sesuai mengikut keperluan.



Buku Sila;
Kegunaannya adalah menyambung dua utas tali yang sama saiz, seperti mengikat bungkusan hadiah.

Selasa, 22 Disember 2009

BELAJAR IKATAN & SIMPULAN BAHAGIAN 1



Simpul Manuk...
Digunakan sebagai pemula ikatan pada tiang atau mengikat kayu.

Simpul Belit...
Cara ikatan ini amat sesuai digunakan untuk mengikat tali sampan  ke tiang atau pokok. Ianya tidak mudah tanggal atau terlucut... malah mudah dibuka semula ikatannya.

Simpul Pulih...
Simpulan ini digunakan untuk memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya.


Simpul Tindih Kasih...
Simpulan ini amat sesuai untuk kerja-kerja menyelamat atau alat sokongan untuk memanjat.




LAGU PENGAKAP MALAYSIA