Iklan

Selamat Datang Ke Blog Kliasscouts

Assalamualaikum, Salam Pengakap dan Salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog ini.

Di sini, kliasscoutsgroup berharap dapat menyebar atau memberi maklumat terkini kepada semua pengakap. Dan blog ini juga dicipta,bukan sahaja cerita atau pun berita mengenai pengakap, tetapi ianya juga memuatkan berita isu semasa, seperti sejarah Negara, Negeri, Daerah dan lain-lain isu asalkan ianya tidak berunsur perkauman dan lucah. Apa-apa bahan yang terdapat diblog ini boleh dijadikan rujukan dan dikongsi bersama tidak kira usia, tua atau pun muda..


Jumaat, 11 Mei 2012

PRA JAMBORI PENGAKAP BAHAGIAN PEDALAMAN BAWAH 2012


Jom!!!  Kita ke Pra Jambori Pengakap Pedalaman Bawah, Sempena Sambutan 100 Tahun berpengakap di Negeri Sabah dari tahun 1913 yang bermula di St.Michael, Sandakan.

Jambori ini akan diadakan pada 27 Mei 2012 hingga 31 Mei 2012, bertempat di Kompleks Sukan, Beaufort.

Khamis, 16 Februari 2012

AKTIVITI FEBRUARI MINGGU PERTAMA 2012

Aktiviti Pengakap SKKB 08 diteruskan untuk minggu yang pertama bulan Februari pada 01  Februari 2012. Kali ini ianya dikendalikan oleh Puan Asmidah Durani, dibantu oleh Puan Chong Vun Lung dan Cik Rasidah Rajid serta penyeliaan dibuat oleh Ketua Penasihatnya Puan Fatimah Salim. Aktiviti yang dijalankan kali ini mengenai Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap .





Rabu, 18 Januari 2012

AKTIVITI PENGAKAP SKKB 08- JANUARI 2012

Kumpulan Pengakap SKKB 08 memulakan aktivitinya pada 18 Januari 2012. Ianya dikendalikan oleh Ketua Penasihatnya Puan Fatimah Salim serta dibantu oleh Cik Fitrah Abd. Gani, Cik Rahimah Jinawi dan Cik Rosmahwati Tujin. Aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah mengenai Sajarah Pengakap Dunia, Sejarah Pengakap di Malaysia , Sejarah Pengakap Negeri Sabah dan Latar Belakang Persatuan.

Sila lihat gambar aktiviti tersebut;






Khamis, 4 Ogos 2011

SALAM RAMADHAN

Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak
kepada seluruh ahli pengakap yang beragama Islam.

Jumaat, 3 Jun 2011

KEM UNIT BERUNIFORM SK. LUAGAN 2011

Pada 27 hingga 29 Mei 2011, Sekolah Kebangsaan Luagan telah mengadakan satu Perkhemahan Unit Beruniform, yang mana Pengakap SK. Klias Baru dijemput menyertai perkhemahan tersebut.
Pelbagai aktiviti telah dibuat dan semuanya telah diikuti oleh ahli pengakap SK. Klias Baru dengan jayanya.

Sila lihat gambar aktiviti tersebut..








LAGU PENGAKAP MALAYSIA