Iklan



Selamat Datang Ke Blog Kliasscouts

Assalamualaikum, Salam Pengakap dan Salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog ini.

Di sini, kliasscoutsgroup berharap dapat menyebar atau memberi maklumat terkini kepada semua pengakap. Dan blog ini juga dicipta,bukan sahaja cerita atau pun berita mengenai pengakap, tetapi ianya juga memuatkan berita isu semasa, seperti sejarah Negara, Negeri, Daerah dan lain-lain isu asalkan ianya tidak berunsur perkauman dan lucah. Apa-apa bahan yang terdapat diblog ini boleh dijadikan rujukan dan dikongsi bersama tidak kira usia, tua atau pun muda..


Berita Pengakap


01. Kolobori Pengakap Kanak-Kanak
Peringkat Bahagian Pedalaman Bawah
Anjuran : PPMCS Daerah Beaufort
Tarikh : 02 hingga 04 Mei 2014
Tempat : SRJK(C)Kung Ming, Beaufort.

02. Perkhemahan Klik Dengan Bijak
Siri 2/2014 Peringkat Kebangsaan
Anjuran : PPM Dan SKMM Malaysia
Tarikh : 08 hingga 11 Mei 2014
Tempat : Scouts Nature Park, Sandakan.

03. Jambori Antarabangsa Terengganu
Tarikh : 01 hingga 06 Jun 2014
Tempat : Kem Pengakap Tengku Muhammad
Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu, Terengganu.

04. Jambori Antarabangsa Perak
Tarikh : 24-30 November 2014
Tempat : Teluk Batik, Perak

Rabu, 19 Februari 2014

PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap
01. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai
maruah dan kehormatan dirinya.

02. Pengakap adalah seorang yang taat kepada
Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya,
Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya,
ibu-bapanya, orang-orang diatas dan
orang-orang yang dibawahnya.

03. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan
menolong orang pada setiap masa.

04. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara
kepada lain-lain pengakap walau apa
negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

05. Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya
dan sentiasa berbudi.

06. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.

07. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah
dan suruhan ibu-bapanya, ketua patrolnya atau pemimpin
-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.

08. Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis
mukanya dalam kesusahan.

09. Pengakap itu jimat dan cermat.

10. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya
dan perbuatannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LAGU PENGAKAP MALAYSIA