Iklan



Selamat Datang Ke Blog Kliasscouts

Assalamualaikum, Salam Pengakap dan Salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog ini.

Di sini, kliasscoutsgroup berharap dapat menyebar atau memberi maklumat terkini kepada semua pengakap. Dan blog ini juga dicipta,bukan sahaja cerita atau pun berita mengenai pengakap, tetapi ianya juga memuatkan berita isu semasa, seperti sejarah Negara, Negeri, Daerah dan lain-lain isu asalkan ianya tidak berunsur perkauman dan lucah. Apa-apa bahan yang terdapat diblog ini boleh dijadikan rujukan dan dikongsi bersama tidak kira usia, tua atau pun muda..


Berita Pengakap


01. Kolobori Pengakap Kanak-Kanak
Peringkat Bahagian Pedalaman Bawah
Anjuran : PPMCS Daerah Beaufort
Tarikh : 02 hingga 04 Mei 2014
Tempat : SRJK(C)Kung Ming, Beaufort.

02. Perkhemahan Klik Dengan Bijak
Siri 2/2014 Peringkat Kebangsaan
Anjuran : PPM Dan SKMM Malaysia
Tarikh : 08 hingga 11 Mei 2014
Tempat : Scouts Nature Park, Sandakan.

03. Jambori Antarabangsa Terengganu
Tarikh : 01 hingga 06 Jun 2014
Tempat : Kem Pengakap Tengku Muhammad
Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu, Terengganu.

04. Jambori Antarabangsa Perak
Tarikh : 24-30 November 2014
Tempat : Teluk Batik, Perak

Sabtu, 22 Februari 2014

PENGASAS PENGAKAP DUNIA



Potret Baden Powell yang dipaparkan telah dihasilkan oleh
David Jagger pada tahun 1929

Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth. Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera.


Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau). Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer. Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun.


Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku "Aids To Scouting". Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya. Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul "Scouting For Boys". Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.



BIODATA BP
Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama Singkatan : BP
Tarikh Lahir : 22 Februari 1857
Tempat Lahir : London, England
Pendidikan Awal : Charter House, London
Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British
Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941 dan disemadikan di Kenya.


TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJAMU. BERPENGAKAP SATU PERMAINAN BAGI KANAK-KANAK,TETAPI SATU TANGGUNGJAWAB KEPADA
ORANG DEWASA.......
(KATA BP)

Rabu, 19 Februari 2014

PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap
01. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai
maruah dan kehormatan dirinya.

02. Pengakap adalah seorang yang taat kepada
Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya,
Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya,
ibu-bapanya, orang-orang diatas dan
orang-orang yang dibawahnya.

03. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan
menolong orang pada setiap masa.

04. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara
kepada lain-lain pengakap walau apa
negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

05. Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya
dan sentiasa berbudi.

06. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.

07. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah
dan suruhan ibu-bapanya, ketua patrolnya atau pemimpin
-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.

08. Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis
mukanya dalam kesusahan.

09. Pengakap itu jimat dan cermat.

10. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya
dan perbuatannya.

Selasa, 18 Februari 2014

SEJARAH PENGAKAP NEGERI SABAH


Sejarah Pengakap di Sabah bermula apabila Rev. Cecil Thomas Alexander menubuhkan kumpulan Pengakap pertama di Sandakan. Beliau juga dikenali sebagai pengasas pergerakan Pengakap di Sabah atau yang dahulunya dikenali sebagai Borneo Utara. Beliau terus membantu dalam pergerakan ini sehingga tahun 1926 setelah kembalinya beliau ke England. Sembilan tahun kemudian, daerah Kudat menjadi bandar kedua di Borneo Utara yang menubuhkan Kumpulan Pengakap dan orang yang bertanggungjawab ialah Encik G.L. Gray dan Encik Jules Stephens ( Ayah kepada Allahyarham Tun Haji Fuad Stephen, mantan Ketua Menteri Sabah ). Hanya pada tahun 1923 Kumpulan Pengakap di Jesselton (sekarang dikenali sebagai Kota Kinabalu, Ibu negeri Negeri Sabah ) ditubuhkan. Kumpulan yang pertama yang ditubuhkan ialah Kumpulan Terbuka yang diasaskan oleh Resident G.C. Irving dan G.L. Gray dan Encik Lee Tet Phui sebagai Ketua Kumpulan dan Encik Charles Peter selaku pembantu beliau.

Selepas ini terbentuklah beberapa lagi Kumpulan Pengakap. Dalam tahun 1924 Kumpulan Pengakap Pertama ditubuhkan di Lahad Datu oleh Pegawai Daerah Encik H.M. Ince. Beliau juga merupakan seorang pemegang manikayu yang pertama datang ke Utara Borneo. Kumpulan Pengakap Kelana yang pertama diwujudkan ialah di Jesselton pada tahun 1926 dibawah bimbingan Encik G.O Irving dan Encik Chong Thau Fah, seorang ahli Pengakap yang lama Padri Alexander dari Sandakan, yang mana beliau menjadi Ketua Kumpulan, dan Kumpulan Pengakap Anak Serigala (sekarang lebih dikenali sebagai Pengakap Kanak - Kanak ) yang pertama ditubuhkan pada tahun 1930 oleh Encik Simon Yew di St. Micheal, Sandakan. Manakala pada tahun 1937 Kumpulan Pengakap Pertama di tubuhkan di daerah Tawau oleh Datuk Sam Lourdes dan Othman Haji Abu Bakar.

Antara pencapaian awal Pengakap ialah melahirkan Pengakap Raja ( ketika itu dikenali sebagai Queen Scout ) dari St. Micheal, Sandakan pada tahun 1927 manakala ahli Pengakap Daniel Hiew dan Micheal Miao dari Kumpulan Pengakap Scared Heart, Jesselton merupakan Pengakap pertama yang telah menawan kemuncak Gunung Kinabalu iaitu pada tahun 1934. Pada tahun 1935 sebuah tapak perkhemahan Pengakap telah diwujudkan secara rasmi dan ianya bertempat di Lok Kawi. Pondok - pondok telahpun didirikan dan diselenggerakan oleh Pengakap-pengakap Pantai Barat. Perang Dunia Kedua telah meletus pada tahun 1942 sehingga ke tahun 1945 dan secara langsung telah meletakkan pergerakan pengakap terbantut. Walaupun tidak ada sebarang kegiatan Pengakap diadakan, namun semangat berpengakap masih wujud dikalangan ahli - ahlinya. Ramai daripada ahli -ahli Pengakap telah menyertai Pasukan Pembebasan dan ada dikalangan mereka yang tumpas kerana mempertahankan tanahiar yang tercinta.
Pergerakan Pengakap telah digabungkan semula sejurus selepas peperangan tamat dan Persekutuan Pengakap Borneo Utara telah diwujudkan pada tahun 1948 dan Encik J.B Winders telah dilantik selaku Ketua Pesuruhjaya yang pertama. Walau bagaimanapun sebelum ini Kumpulan - Kumpulan Pengakap telahpun beroperasi. Adalah difahami bahawa Sacred Heart Jesselton telah bergabung dan bergerak lewat tahun 1946. Lain-lain kumpulan adalah seperti All Saint di Jesselton dibawah bimbingan G.S.M. Simon Yew, Basel Mission Jesselton, 1st Beaufort, 1st Labuan, dan St. Mary, Sandakan. Perlu diketahui bahawa ramai Pemimpin Pengakap yang abadi tidak membuang masa dalam menghidupkan semula Pergerakan Pengakap selepas perang. Perkhemahan Pengakap selepas Perang Dunia telah berjaya dianjurkan pada tahun 1949 dan kejayaan ini ditujukan kepada Kumpulan Sacred Heart. Perkhemahan selama lima hari itu telah diadakan di Pulau Sapi berhampiran dengan Pulau Gaya. Perkhemahan ini “menarik” kerana sistem perhubungan secara terus melalui Perhubungan Radio Tanpa Kabel ( Wireless Radio Communication) telah dibuat dan digunapakai diantara Pulau tersebut dengan tanah besar semasa perkhemahan itu diadakan.

Selepas itu pada tahun 1960 Pameran Pengakap telah diadakan di Padang Lumba Kuda Diraja dan telah mengumpul seramai 350 orang ahli - ahli Pengakap dan ini merupakan satu pertemuan atau perkumpulan yang pertama mengumpul ahli - ahli seramai tersebut dan tujuan utama Pameran ini diadakan ialah menyambut hari perpisahan Encik G.L Gray, Pengerusi Majlis Pengakap di Koloni ini. Peperangan Dunia ternyata tidak dapat menghalang pergerakan ini dari berkembang di Sabah. Dalam tahun 1949 itu sendiri, Encik Murshidi Nambi (sekarang Datuk Haji Murshidi Nambi) seorang Pengakap Kelana dari Sarawak telah datang dan menubuhkan Kumpulan Pertama Pengakap di Kota Belud sementara Kumpulan Pengakap Laut yang pertama telah ditubuhkan oleh Encik M.A. Basri. Beliau yang datang dari Johor mendapat pengalaman dalam Pengakap Laut semasa beliau berada di Singapura. Dalam tahun 1955 Kumpulan Pengakap Pertama di Semporna telah ditubuhkan oleh Cikgu Parman (sekarang Datuk Haji Parman ).

Adalah diperhatikan bahawa sebelum tahun 1950, semua Pesuruhjaya Daerah bukanlah orang tempatan kerana semua Resident secara automatis menjadi Pesuruhjaya Daerah. Walaubagaimanapun Encik Simon Yew telah menjadi orang tempatan pertama yang telah dilantik selaku Pesuruhjaya Daerah. Beliau bertanggungjawab bagi daerah Pantai Barat. Selepas itu diikuti oleh Encik Sam Lourdes yang telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Daerah bagi Pantai Timur pada tahun 1955, Encik Tan Tze Tsu (sekarang dikenali sebagai Datuk Haji Farid Tan ) telah menggantikan Encik Sam Lourdes pada tahun 1958 dan Encik Jagendar Singh sebagai Pesuruhjaya Daerah Pendalaman pada tahun 1959. Ahli Pengakap pertama kelahiran tempatan yang menerima Manikayu ialah Encik Mak Sin Loon pada tahun 1959 manakala bumiputera tempatan yang pertama yang menerima Manikayu ialah Encik Zaini Mohd. Isa (Sekarang Y.B Datuk Haji Zaini Mohd. Isa). Encik Mak Sin Loon seterusnya menerima anugerah D.C.C ( 4 Manikayu ) dan menjadi orang tempatan pertama yang menjadi Jurulatih A.C.C.

Pergerakan Pengakap di Sabah telah diiktiraf dimata dunia dan ini terbukti dengan kunjungan - kunjungan orang penting untuk melihat sendiri perkembangan ini diantaranya ialah Lord Rowalan, Ketua Pengakap Komenwel pada tahun 1954 dan Olave Lady Baden Powell pada tahun 1958 dan Lord Charles Maclean juga Ketua Pengakap Komanwel pada tahun 1971. Pada tahun 1963, Pergerakan Pengakap menyambut ulangtahun Emas ( Jubli Emas - 1913 hingga 1963 ) dan telah menganjur Perkhemahan Jubli Emas. Ia merupakan pertemuan atau perkumpulan Pengakap Kedua terbesar selepas perkhemahan Patrol Sistem yang telah diadakan pada tahun 1960. Ahli - ahli Pengakap yang hadir datangnya dari seluruh Borneo Utara dan juga dari Brunei dan Sarawak. Perkhemahan ini telah dianjurkan oleh G.W Stevens dan ahli - ahli Majlis Pengakap Negeri. Pada tahun itu juga Pergerakan Pengakap cawangan Borneo Utara dibawah naungan Pesekutuan Budak - Budak Pengakap Lelaki Britain telah bersedia untuk bertukar haluan untuk menjadi negeri Sabah yang merdeka dalam Malaysia. Sejak itu Borneo Utara dirujuk sebagai Sabah dan Jesselton dikenali sebagai Kota Kinabalu.

Dalam tahun 1964, Perlembagaan Pengakap Malaysia telah dipinda dan memasukkan negeri Sabah dan Sarawak dalam Malaysia sebagai cawangan. Di bawah perlembagaan tersebut Tun Datu Hj. Mustapha Bin Datu Harun menjadi Ketua Pengakap Negeri Sabah yang pertama dan Rev. Cannon Rusted menjadi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah yang pertama. Tidak lama selepas itu ahli - ahli Pengakap tempatan telah mengambil alih tunggak pentadbiran Pengakap Negeri. Tuan Haji Yusuf Shamsudin menjadi orang tempatan yang pertama yang mengambil alih tampuk pemerintahan dari G.D Muir selaku Pengerusi Majlis Pengakap pada tahun 1965 dan Encik Peter Regis (Datuk Peter Regis) Resident di Pantai Timur menjadi seorang pegawai tempatan yang pertama memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah pada tahun 1968. Pada tahun 1973, Jubli Intan Pengakap Negeri Sabah ( 1913 - 1973 ) telah diadakan. Setiap daerah telah menganjur perkhemahan daerah mereka sendiri sebagai menyambut perayaan ini. Sebuah lencana Perayaan Jubli Intan telah dikeluarkan bagi mengenangkan perayaan ini di negeri Sabah.

NOSTALGIA KEPADA YANG BERJASA

Ada beberapa orang ahli - ahli Pergerakan Pengakap yang telah mengabadikan kehidupan mereka kearah pembangunan Pengakap di Sabah. Salah seorang daripada mereka ialah mendiang Datuk Simon Chong Yew. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1898 di China dan telah menjadi Pemimpin Pengakap sejak tahun 1919 di Foochow dan pada tahun 1923 beliau telah berhijrah ke Borneo Utara. Beliau telah menerima waran beliau pada tahun 1923 daripada Ketua Pengakap iaitu Pengasas Pengakap itu sendiri, Lord Baden Powell dan beliau menyertai Kumpulan Pengakap Pertama Sandakan selaku Pemimpin dibawah Rev. T.C. Alexander. Dalam tahun 1936, beliau telah membawa seramai 30 orang ahli Pengakap dari Sandakan ke Jesselton dan berkhemah di Lok Kawi. Beliau juga menghidupkan semula Kumpulan Pengakap All Saint selepas ianya terkubur semasa Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1948. Selepas itu beliau telah dilantik selaku Pesuruhjaya Daerah Pantai Barat pada tahun 1950. Pada masa itu, Jesselton berada dibawah daerah Pantai Barat, yang mana Pantai Barat merangkumi kawasan-kawasan seperti Kudat, Ranau, Papar, Tuaran dan Putatan. Semasa zaman beliau menjadi Pesuruhjaya Daerah Pantai Barat, beliau sering melawat Kumpulan - Kumpulan Pengakap tersebut walaupun sehingga memaksa beliau untuk berjalan kaki merentas hutan belantara untuk masa berhari - hari. Beliau juga telah mengeluarkan sebuah buku atau majalah Pengakap yang diberi judul “ SCOUTING IN PICTURES “ dan juga telah memperkenalkan sistem Kerja Minggu ( Job Week ) untuk kali pertamanya.

Usaha gigih beliau dalam mempromosi Pengakap, Daerah Pantai Barat telah memberikan beliau anugerah - anugerah Pengakap diantaranya Silver Acorn dari Ketua Pengakap Lord Rowallan pada tahun 1953 dan Honour of M.B.E. dari Ratu Elizabeth pada tahun 1955. Mendiang Datuk Simon bersara dari aktif dalam Pengakap pada tahun 1959 pada usia 61 tahun iaitu selepas 36 tahun berkhidmat di Utara Kepualauan Borneo dan selepas 40 tahun menjadi Pemimpin Pengakap ( Pemimpin Pengakap di Foochow 1919 - 1923 ) Walaubagaimanapun beliau terus menabur jasa dan bergiat aktif dalam Majlis Pengakap Tempatan. Datuk Simon Yew bukan sahaja seorang Pemimpin yang aktif tetapi membuatkan namanya terkenal diperingkat antarabangsa dengan lukisan-lukisannya seperti Gunung Kinabalu dan orkid Phalaenopsis. Selain daripada itu, nama-nama seperti mendiang Datuk Sam Lourdes juga merupakan penggerak utama dalam lipatan sejarah Pengakap Negeri Sabah. Berasal dari Malaya ( kini Semenanjung Malaysia ), beliau berhijrah ke Sabah pada tahun 1936. Beliau merupakan seorang pemegang Anugerah Pengakap Raja dari Klang dan merupakan salah seorang ahli Kumpulan Pengakap Pertama Castle Camp di Kuala Lumpur.

Jumaat, 14 Februari 2014

SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA

Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England). Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.


Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915. Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar. Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.


Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.


Secara Ringkasnya:
1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker di Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )
12. Sarawak ( 1915 )

Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.

Rabu, 12 Februari 2014

ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA

Istiadat ini diadakan selepas istiadat laung agung.

1. Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang.

2. Pemimpin berdiri menghadap bendera.

3. Penolong Pemimpin berdiri di belakang tiang bendera.

4. PKK berdiri dalam bentuk bulatan dalam keadaan sedia.

5. Pemimpin berteriak “BENDERA”

6. Petugas mara ke tiang bendera.

7. Petugas menarik tali, sekali sahaja.

8. Petugas berundur satu langkah dan memberi hormat.

9. Semua yang hadir memberi hormat.

10. Petugas menjatuhkan tangan….dan diikuti oleh
semua yang hadir.

11. Petugas kembali ke tempat asal.

12. Menyanyi Lagu Kebangsaan.

13. Menyanyi Lagu Sabah Tanah Air Ku.

14. Menyanyi Lagu Pengakap Malaysia.

15. Membaca doa.

16. AKELA memberi arahan “Senang diri”

17. AKELA memberi nasihat/kata-kata perangsang dll.

Rabu, 5 Februari 2014

LAUNG AGUNG

1. Tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak.

2. Diamalkan di seluruh dunia.

3. Mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya
‘BUAT HABIS BAIK”

4. Untuk menghormati tetamu.

5. Melahirkan semangat setiakawan,perpaduan
serta membina displin.


1. Setiap kali diadakan perjumpaan.

2. Setiap kali semasa menamatkan perjumpaan.


1. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK…..”
(semua PKK berdiri dalam keadaan sedia)

2. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK,PEK,PEK….”
(semua PKK mengelilingi AKELA sambil menyahut
“P…E….K….”

3. AKELA memerintah PKK membentuk satu bulatan
besar dengan memegang tangan. Bila bulatan telah
sempurna PKK menjatuhkan tangan.

4. AKELA mendepakan tangan >>> PKK mengangkat tumit.

5. AKELA merapatkan tangan ke paha>>
a) PKK mencangkung.
b) Kedua belah tangan mencecah ke tanah.
c) Kepala dilangutkan dan terus berkata>>
‘A K E L A, KITA BUAT HABIS BAIK.
d) Selepas sebutan “BAIK” PKK bangun dalam
keadaan sedia.

6. Petugas mencabar dengan hormat kepada AKELA
dengan kata-kata:- ‘KAMU BUAT HABIS BAIK’

7. Semua PKK hormat AKELA dengan menjawab
‘KAMI BUAT HABIS BAIK’

8. AKELA membalas hormat PKK.

9. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai
memberi hormat.

LAGU PENGAKAP MALAYSIA